WOW !! Pendapatan RM28,000 Sebulan, Hanya Pelihara Lipas


Seorang pelajar dari Taiwan meraih pendapatan bulanan 200,000 New Taiwan Dollars (RM28,300) sebulan hasil dari mentertak dan menjual lipas.

Ya, lipas.

Menurut laporan China Press, Tong yang baru berusia 20 tahun mula menternak lipas selepas dia mendapati sukar mendapat bekalan serangga itu bagi memberi makan haiwan peliharaannya.

Jadi, dia mula menternak sendiri lipas dan menyedari bahawa serangga itu membiak dengan pantas. Dalam masa enam bulan, dia sudah mempunyai 30,000 ke 40,000 lipas di apartmentnya.

Tong berjaya menemui seorang pembeli, Tse, yang mahu mengambil semua lipas darinya. Sehingga kini, mereka terus bekerjasama untuk jual beli lipas.

Tong kini mempunyai 2.7 juta lipas dari pelbagai spesis di ladangnya. Dia menjual lipas-lipas itu secara borang kepada Tse yang kemudiannya menjual serangga itu secara runcit sebagai makanan haiwan. sumber SiakapKeli


Comments

Popular posts from this blog

FAKE NEWS dari Parti Tindakkan Demokratik (DAP)

US stocks opened high